fbpx
Yusaini Amir (hadapan, tiga dari kanan) menerima sijil pengiktirafan MBOR hidangan udang celup tepung terpanjang pada Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu di Laman Rhu Sepuluh, Setiu hari ini.

Udang celup tepung 1 km diiktiraf MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Idea kreatif pengusaha udang celup tepung sekitar Penarik dan Rhu Sepuluh menyediakan hidangan tersebut sepanjang satu kilometer sempena Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Pegawai Daerah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor berkata, hidangan tersebut menggunakan kira-kira 100,000 ekor udang segar yang dianggarkan seberat setan.

“Hidangan udang celup tepung terbabit disediakan 21 pengusana makanan tersebut yang berniaga di sekitar Penarik dan Rhu Sepuluh.

“Ia dihidangkan di atas 547 meja sepanjang satu kilometer,” katanya di Laman Rhu Sepuluh di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perasmian Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu yang dirasmikan Pegawai Kewangan Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Yusaini Amir berkata, bekalan udang terbabit disumbangkan Blue Archipelago Berhad yang mengusahakan kolam udang di daerah tersebut.

Beliau berkata, udang-udang celup tepung itu digoreng secara bergotong-royong oleh semua peserta sebelum dihidang secara serentak di atas meja.

“Pengiktirafan MBOR diharap dapat memperkenalkan lagi produk celup tepung yang menjadi identiti daerah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN