fbpx
BELANDA mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan dan berjaya mengelak pertemuan awal menentang Brazil. - AFP

Piala Dunia 2026: Belanda lega dapat elak Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Pasukan Belanda menepati ramalan apabila muncul juara Kumpulan F Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Tunisia 3-1, sekali gus mengelak pertembungan awal dengan juara dunia lima kali, Brazil pada pusingan kalah mati.

Kemenangan itu membolehkan skuad Oranje menamatkan saingan dengan tujuh mata, dua mata mengatasi Jepun yang sekadar seri 1-1 dengan Sweden, sekali gus mengatur pertemuan dengan Maghribi di Monterrey, Mexico Isnin ini.

Bagaimanapun, pengendali Belanda, Ronald Koeman enggan terlalu memikirkan laluan lebih mudah yang diperoleh pasukannya selepas mengelak Brazil di pusingan kalah mati.

“Kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Maghribi terlebih dahulu kerana ia pasti akan menjadi perlawanan yang sukar. Mereka adalah pasukan yang berkualiti dan mampu menjaringkan gol dengan mudah. Kami cukup mengenali kemampuan mereka,” katanya.

Sementara itu, Tunisia menutup kempen dengan penuh mengecewakan apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan sambil dibolosi 12 gol, meskipun tampil ke Piala Dunia dengan rekod cemerlang tanpa dibolosi sepanjang kempen kelayakan.

Anak buah Ronald Koeman memulakan aksi dengan garang apabila mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan sendiri Ellyes Skhiri sebelum Brian Brobbey melebarkan jurang apabila meledak gol ketiganya pada kejohanan ini dan memberikan Belanda kelebihan selesa 2-0.

Tunisia cuba bangkit pada babak kedua menerusi tandukan Hazem Mastouri hasil sepakan penjuru Hannibal Mejbri pada minit ke-54, namun Jan Paul van Hecke memastikan kemenangan Oranje menerusi tandukan daripada sepakan penjuru Tijjani Reijnders sembilan minit kemudian. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN