fbpx
TEROKA100 dijangka memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain mempromosikan tanah rancangan FELDA sebagai venue sukan lasak.

TEROKA100 warnai ulang tahun ke-70 Hari Peneroka FELDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sambutan ulang tahun ke-70 Hari Peneroka Felda tahun ini dijangka berlangsung lebih meriah apabila bakal diwarnai dengan penganjuran TEROKA100, iaitu perlumbaan basikal gravel yang julung kali diadakan.

Bertempat di Jengka, Pahang pada 5 Julai nanti, perlumbaan yang mendapat sokongan Persatuan Berbasikal Negeri Pahang serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) itu turut menarik penyertaan beberapa nama besar seperti Harrif Salleh dan Zamri Salleh.

Acara itu merupakan salah satu langkah bertujuan memperkenalkan sukan berbasikal gravel kepada masyarakat selain mempromosikan kawasan tanah rancangan FELDA sebagai destinasi sukan lasak dan berbasikal.

Setakat ini, seramai 191 peserta dari seluruh negara sudah mengesahakan penyertaan dalam perlumbaan melibatkan empat kategori seperti terbuka lelaki, terbuka wanita serta master lelaki dan pasukan terbaik.

Perlumbaan itu dijangka menguji kekuatan fizikal dan mental setiap peserta apabila mempertaruhkan jarak perlumbaan sejauh 100 kilometer (km) selain menawarkan jumlah pendakian 1,150 meter.

Pada masa sama, perlumbaan itu turut menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 kepada pemenang, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (ketiga) manakala kategori pasukan terbaik akan menerima RM1,000 (juara), RM600 (naib juara) dan RM400 (ketiga).

Sementara itu, Majlis Belia FELDA Malaysia yang merupakan penyelaras kepada perlumbaan tersebut berharap penganjuran sulung berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada siri perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Selain memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, TEROKA100 juga dijangka mampu menjana ekonomi komuniti setempat menerusi permintaan terhadap tempat penginapan serta makanan dan minuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN