fbpx
SATU letupan berlaku di zon industri Ras Laffan di Qatar, yang merupakan hab gas asli cecair terbesar di dunia, berpunca daripada insiden teknikal. - AFP

Hab gas Qatar meletup, 13 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DOHA – Satu letupan besar dilaporkan berlaku di sebuah hab gas utama di Qatar yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang,  manakala 66 yang lain cedera, lapor laman berita Gulf News.

Insiden ini disifatkan antara kemalangan paling dahsyat pernah direkodkan di kemudahan tenaga rantau Teluk.

Menteri Tenaga Qatar, Saad Al Kaabi mengesahkan bahawa kesemua mangsa yang terkorban merupakan pekerja asing warganegara India dan Pakistan.

“Kami amat berdukacita atas kehilangan tragis 13 nyawa warga kerja kami yang memegang kewarganegaraan India dan Pakistan. 

“Seramai 66 lagi mangsa cedera  kini menerima rawatan perubatan  dan tiada seorang pun berada dalam keadaan yang membahayakan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan semalam..

Kementerian Dalam Negeri Qatar sebelum ini melaporkan bahawa letupan yang berlaku lewat malam Ahad lalu di Zon Industri Ras Laffan itu berpunca daripada ‘insiden teknikal’.

Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Saad Al Kaabi turut menegaskan bahawa letupan itu tiada kaitan dengan unsur sabotaj atau serangan pihak luar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN