fbpx
Alexander hadir Mesyuarat Perwakilan Tahunan Perkorbf di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

Had nilai kontrak RM200,000 bagi kontraktor G1 diteliti semula – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menelti semula had nilai kontrak RM200,000 bagi kontraktor kelas F (G1) selaras dengan peningkatan kos operasi dan harga bahan binaan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah tersebut susulan rungutan majoriti kontraktor G1 yang ketika ini dihimpit dengan kenaikan kos serta margin keuntungan yang rendah.

Jelasnya, perbincangan dalaman akan diadakan melibatkan KKR dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sebelum cadangan berkenaan dibawa ke peringkat lebih tinggi termasuk Kementerian Kewangan.

“Mungkin kita akan pertimbangkan semula had nilai kontrak bagi G1 daripada RM200,000 mungkin kepada nilai lebih tinggi iatu RM300,000.

“Sebab kalau projek RM200,000 dengan kenaikan kos bahan binaan ketika ini, maka margin keuntungan akan lebih tipis (kecil). Kalau kita besarkan sikit had (nilai kontrak) mungkin margin keuntungannya juga akan lebih sedikit (kepada kontraktor),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) di Dewan Bahasa Dan Pustaka di sini hari ini.

Dalam pada itu, Alexander berkata, pihak juga akan mengkaji semula pelaksanaan kenaikan gred automatik kontraktor kelas F (G1) kepada kelas E (G2) seperti yang diluluskan sejak tahun 2019.

Ini kerana kataya, rata-rata kontraktor G1 merayu supaya pelaksaan itu ditangguh memandangkan ia memberi implikasi modal serta terpaksa bersaing untuk mendapatkan projek.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil maklum rayuan yang dikemukakan Perkobf itu dan perbincangan lanjut berkaitan perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Isu berkenaan kenaikan gred (G1 kepada G2) sebenarnya sudah lama diluluskan iaitu pada tahun 2019 yang mana kontraktor yang berada terlalu lama dalam kategori tertentu untuk dinaikkan ke gred lebih tinggi bagi memberi ruang kepada kemasukan kontraktor baharu,

“Mungkin keperluan itu (kenaikan automatik gred) harus kita lihat semula kerana sejak 2019 hingga kini banyak perkara, cabaran dan tekanan telah berlaku.

“Jadi saya setuju kalau ini boleh dilihat semula, tetapi saya tidak dapat berjanji (tangguh kenaikan gred G1 kepada G2) sebab keputusan tersebut bukan 100 peratus terletak pada KKR. Keputusan sebenarnya lebih daripada Kementerian Kewangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN