fbpx
Tangkap layar rakaman video Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji, Osaka.

Isu pindah DAK: NRES sedia beri kerjasama penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun.

Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kerjasama itu bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus.

“Kementerian juga tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan tersebut.

“Langkah itu demi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, NRES mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan SPRM berhubung pemindahan Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun.

NRES menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam setiap aspek pengurusan hidupan liar negara.

Semalam, SPRM mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu pemindahan DAK. Sebelum ini, Pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan tiga gajah tersebut.

Pertubuhan itu turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN