fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook oleh Mr Wan Cai Official

Tatapan terakhir isteri arwah Azaharuddin undang sebak   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tiada lagi sentuhan yang selama ini menjadi pengubat rindu yang tinggal hanyalah doa dan air mata.”

Begitulah gambaran suasana hiba yang meruntun jiwa pengguna media sosial apabila seorang isteri yang terlantar di atas katil diturunkan dari ambulans sebelum dibawa untuk menatap wajah suaminya yang maut dalam nahas di Pekan buat kali terakhir.

Menerusi perkongsian video di Facebook oleh Mr Wan Cai Official, wanita itu yang mengalami kecederaan retak pada buku lali dilihat tidak dapat mengawal perasaan sebaik tiba di rumah keluarga di Kampung Ulu Gali, Raub, Pahang.

“Suasana pilu menyelubungi keluarga apabila isteri yang tiba dengan menaiki ambulans diberikan kesempatan untuk menatap dan mencium wajah suaminya buat kali terakhir.

“Terputuslah sudah pertemuan dan kasih yang terjalin di alam dunia bersama isteri tercinta,” katanya menerusi hantaran video tersebut. 

Menurut perkongsian sama, ketika kemalangan berlaku, Allahyarham Azaharuddin Mohd. Ali, 46, bersama isteri dan seorang anak lelaki dalam perjalanan untuk menziarahi bapa mentua yang sedang menerima rawatan di Hospital UIA Kuantan.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dipandu lelaki itu terbabit dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Segamat pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.50 petang itu, Allahyarham Azaharuddin yang merupakan pegawai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disahkan maut di lokasi kejadian. Isteri Allahyarham yang cedera dikejarkan ke Hospital Pekan.

Jenazah lelaki itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Gali, Raub. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN