fbpx
Sebahagian daripada menu lazat yang dihidangkan dalam tempoh promosi sehingga 31 Julai di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Nikmati hidangan enak dari Phuket, Thailand di DoubleTree by Hilton KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bagi mereka yang merindui makanan Thailand yang popular ketika berkunjung ke negara  jiran itu, anda boleh menikmatinya semula di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur (KL) melalui satu promosi baharu yang dilancarkan 8 Jun lalu.

Bertemakan konsep makanan mempunyai cara yang sangat unik untuk menghubungkan komuniti dengan tempat, budaya dan tradisi, pihak hotel telah bekerjasama dengan DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort untuk menawarkan hidangan bufet makan malam dan minuman petang di premis berkenaan.

Sehingga 31 Julai ini, para tetamu dipelawa menikmati pelbagai menu enak yang dihasilkan melalui tema The Essence of Thai Cuisine, sebuah kerjasama  kulinari istimewa di Makan Kitchen oleh Chef Eksekutif Jemputan, Noppadon Chainat dari DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort.

Sepanjang tempoh promosi, pengalaman gastronomi ini membawa keaslian resipi dan tradisi Phuket ke ibu kota, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung meneroka warisan kulinari Thailand melalui hidangan autentik, kepelbagaian regional serta teknik masakan tradisional yang dikurasi oleh Chef Noppadon.

Menu yang diinspirasikan daripada budaya makanan Phuket itu menampilkan pilihan hidangan Thai popular seperti Som Tum, Pad Thai Goong, Massaman Curry dan pulut mangga yang enak.

Terdapat juga pelbagai variasi sajian daerah yang menonjolkan rasa berani dengan bahan segar dan tradisi kulinari dari seluruh Thailand.

Menurut  Cef Noppadon,  setiap wilayah di Thailand mempunyai citarasa dan tradisi tersendiri. Saya berharap para tetamu akan menikmati kepelbagaian tersebut melalui menu istimewa ini.

Selain hidangan, pengalaman ini turut diserikan dengan aktiviti interaktif berunsurkan budaya Thai seperti cabaran Smell the Fragrance ketika bufet makan malam serta permainan tradisional batu seremban semasa bufet hi-tea hujung minggu.

Menariknya, pengunjung yang berbelanja RM450 ke atas dan membuat tempahan melalui SevenRooms berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi penginapan 2 hari 1 malam di DoubleTree by Hilton Phuket Banthai Resort termasuk sarapan pagi, sekali gus melengkapkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Phuket.

Tawaran harga promosi bagi bufet makan malam The Essence of Thai Cuisine adalah RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak manakala high tea pula adalah RM118 dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN