fbpx
CARMEN (kanan) dan Xin Yee meneruskan misi memburu gelaran Terbuka Macau selepas mara ke suku akhir. - SHIDDIEQIIN ZON

Terbuka Macau: Carmen-Xin Yee tempah aksi suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Carmen Ting-Ong Xin Yee meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Macau selepas melangkah ke pusingan suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di East Asian Games Dome sebentar tadi, pilihan kedua kejohanan itu menewaskan Chou Yun An-Sung Yi Hsuan dari Taiwan 21-13, 21-17.

Carmen-Xin Yee mempamerkan aksi cukup baik sejak set pertama lagi apabila melakukan asakan demi asakan ke arah lawan yang dilihat mula tertekan.

Kemenangan yang diraih di set pertama nyata menjadi pembakar semangat buat mereka untuk mengekalkan rentak konsisten di set kedua.

Walaupun berdepan tentangan lebih sengit di set kedua, namun gandingan No.23 dunia itu tidak mudah hilang fokus biarpun pada awalnya ketinggalan 3-7.

Sebaik sahaja kembali memimpin perlawanan 9-8, Carmen-Xin Yee mula menampilkan aksi lebih kemas sebelum mengutip mata demi mata untuk mencatat kemenangan 21-17.

Menjelang aksi suku akhir esok, mereka dijadualkan bertemu pilihan keenam dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Moon In Seo yang menang 21-14, 21-19 ke atas beregu Taiwan, Hsieh Mi Yen-Yu Chien Hui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN