MENJADI seorang ibu pada era moden ini bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu mempunyai kekuatan luar biasa dalam menguruskan anak-anak.
Sering kali, dilema tentang keselamatan kulit si manja menjadi fokus utama yang ditanggung oleh golongan wanita.
Menyedarinya, jenama No.1 dunia dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, Johnson’s baby tampil memperkasa golongan wanita menerusi kempen terbaharu #SelamanyaSiManjaAnda bertujuan memberi sokongan padu yang membina keyakinan dalam diri setiap ibu di Malaysia.
Ia diperkenalkan melalui majlis pelancaran formulasi terbaharu Johnson’s baby di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini dengan rangkaian produk yang dipertingkat bagi memberi penjagaan lembut melepasi usia 12 bulan pertama sehinggalah si manja membesar.
Legasi jenama Johnson’s baby sudah lama menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Malaysia dan kempen #SelamanyaSiManjaAnda dengan formulasi yang dilancarkan itu disifatkan sebagai pembaharuan terbesarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pemasaran Kenvue Malaysia dan Singapura, Frances Anne Velante berkata, mereka amat memahami naluri para ibu yang mahukan perlindungan terbaik tanpa henti untuk anak-anak mereka kerana struktur kulit kanak-kanak sebenarnya 30 peratus lebih nipis daripada kulit orang dewasa, menjadikannya lebih sensitif terhadap faktor luaran semasa mereka aktif meneroka.
“Apabila si manja semakin membesar, kulit dan rambut mereka masih memerlukan penjagaan yang lembut, safe and effective (selamat dan berkesan).
“Jadi menerusi pelancaran yang bermakna ini, kami ingin meyakinkan para ibu bapa bahawa Johnson’s baby terus berkembang seiring dengan keperluan anak-anak mereka.
“Jenama ini membawakan pembaharuan komprehensif melalui rangkaian ‘Classics, Milk + Rice dan Bedtime’ untuk memberikan penjagaan lembut pada setiap peringkat tumbesaran mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kategori Penjagaan Bayi dan Kanak-kanak Kenvue Malaysia dan Singapura, Alan Tsing turut menegaskan komitmen keselamatan yang menjadi teras utama jenama berkenaan.
Menurutnya, kesemua produk mandian dan syampu siri klasik yang telah dipertingkat itu masih mengekalkan formulasi No More Tears (bebas air mata) kerana produk tersebut telah melalui proses Triple-Tested (tiga kali ujian) yang dinilai sendiri oleh pakar pediatrik, pakar dermatologi serta pakar oftalmologi.
“Ini terus menjadi antara prinsip utama kami dalam memastikan setiap produk memenuhi taraf penjagaan yang lembut dan dipercayai oleh ibu bapa untuk si manja,” ujarnya.
Menerusi pembaharuan ini, siri Classic Shampoo (syampu klasik) dan Top-to-Toe Bath (mandian dari atas ke hujung kaki) dipertingkat dengan rumusan Aloe serta Vitamin B5.
Rangkaian losyen baharu kini mampu membekalkan kelembapan sehingga 72 jam bagi melindungi kulit si manja daripada kekeringan dan kerengsaan.
Selain itu, terdapat sesi perkongsian interaktif yang diadakan untuk mengupas isu ini dengan lebih mendalam bersama beberapa barisan personaliti dan pakar.
Antaranya ialah pelakon terkenal tanah air, Siti Saleha yang berkongsi pengalamannya.
Siti Saleha berkata, selepas mendengar penjelasan doktor, dia sedar kulit anak kecil sebenarnya sentiasa berkembang dan penjagaan rapi perlu diteruskan sehingga mereka dewasa.
Saleha menekankan bahawa faktor kredibiliti jenama ini telah menjadi penentu utama bagi dirinya sebelum meletakkan sebarang produk pada kulit anaknya.
“Secara peribadinya, saya fikir ia sentiasa melalui sebuah kepercayaan.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita letakkan pada kulit bayi.
“Dengan sentiasa mencari jenama yang paling sesuai dan paling dipercayai, sebab itu saya memilih Johnson’s kerana jenama ini sangat dipercayai oleh orang ramai,” kongsinya.
Sementara itu, pelakon, pengacara, model, dan bekas ratu cantik Malaysia, Pauline Tan, menceritakan peristiwa mencabar apabila anak perempuannya mengalami ruam teruk akibat tersilap menggunakan sabun di hotel semasa bercuti.
Insiden menakutkan itu memberi kesedaran kepadanya bahawa perlindungan kulit yang lembut tidak seharusnya terhenti selepas fasa bayi kerana lapisan pertahanan kulit kanak-kanak sebenarnya masih rapuh.
Perkara itu disokong oleh Pakar Perunding Pediatrik, Dr. Khairunnisa’ Mohamed Khalil atau mesra dikenali sebagai Dr. Nisa menegaskan tentang salah tanggapan dalam kalangan ibu bapa yang cenderung memilih pembersih kasar apabila anak semakin aktif dan mudah kotor.
Beliau menjelaskan bahawa struktur kulit kanak-kanak adalah nipis serta sensitif, sekali gus memerlukan pembersih yang lembut untuk mengelakkan kerengsaan.
Dr. Nisa menyarankan agar golongan ibu sentiasa mengutamakan produk yang telah diuji secara klinikal oleh pakar pediatrik, dermatologi dan oftalmologi kerana protokol ujian mereka sangat ketat berbanding hanya melihat kepada senarai ramuan yang pendek.
Jaminan keselamatan tinggi ini diperkukuh lagi oleh Ketua Global Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Johnson’s baby, Dr. Dilip Tripathi.
“Protokol klinikal memainkan peranan yang sangat besar kerana pengujian dan pembuktian adalah dua aspek yang berbeza.
“Di Johnson’s, kami komited memberikan bukti nyata terhadap keberkesanan setiap produk demi memberikan ketenangan minda kepada golongan ibu,” katanya.














