fbpx
MEXICO enggan menunggu hingga perlawanan terakhir apabila memburu kemenangan ke atas Korea Selatan untuk mengesahkan tempat di pusingan seterusnya. - AFP

Piala Dunia 2026: Mexico fokus perkemas benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUADALAJARA – Mexico dijangka tampil dengan pendekatan berbeza untuk menghadapi Korea Selatan pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026 di Stadium Guadalajara, esok.

Selepas hilang tonggak pertahanan, Cesar Montes ekoran layangan kad merah pada perlawanan pertama menentang Afrika Selatan, pengendali Mexico, Javier Aguirre kini sedang membuat persiapan berbeza bagi cuba mengimbangi kualiti yang ada pada Korea Selatan.

Aguirre juga sedar skuad El Tri harus mengekalkan rentak positif apabila keputusan perlawanan dengan jaguh Asia ini bakal menentukan pasukan mana lebih layak untuk menjuarai peringkat kumpulan.

“Sekarang kami hanya fokus pada perlawanan menentang Korea Selatan. Keutamaan kami adalah untuk menumpukan perhatian kepada Korea, bergerak maju selangkah demi selangkah dan bersedia untuk masa depan,” katanya.

Mexico mungkin berdepan kesukaran di barisan pertahanan, namun Aguirre sudah memiliki rencana atau pun alternatif lain sendiri bagi menampung kualiti ditinggalkan oleh Montes

Walaupun Edson Alvarez hanya memiliki minit permainan terhad bersama Fenerbahce, Aguirre percaya pemain pertahanan itu adalah calon paling tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Montes.

“Selepas Cesar terima kad merah, kemungkinan besar Edson akan bermain di posisi pertahanan tengah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN