fbpx
Gambar yang dikongsikan di media sosial Ahmad Maslan, hari ini.

Saya kerja 15 hari tanpa henti – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya kerja 1 hingga 15 Jun, setiap hari tanpa sehari pun rehat. 15 hari tanpa henti”.

Itu pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Johor, mendedahkan, akan terus bekerja sehingga Ahad ini.

“Maka tengah hari ini, dapat makan dengan seorang daripada empat anak sebelum teruskan kerja. Syukur sangat.

“Esok (hari ini) Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kerja lagi. Kerja terus, namun anda perlu jaga diri dan keluarga okey,” katanya di media sosial.

Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata mendoakan kesihatan beliau.

“Semoga dalam perlindungan Allah,” ujar seorang pengguna.

“Semoga terus menabur bakti buat rakyat dan negara,” ucap Dayang Micha.

“Terbaik Datuk Seri. Semoga terus sihat,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN