fbpx
Asyraf Wajdi ketikan mengadakan panggilan video bersama remaja terbabit.

Asyraf Wajdi bantu anak yatim piatu lanjutkan pelajaran di TVETMara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat seorang anak yatim piatu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian akhirnya tercapai selepas dibantu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Asyraf Wajdi berkata, remaja terbabit, Auni Batrisyia A Rahman Siyutti sebelum itu telah hadir ke Pejabat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di Pengkalan Hulu, Perak.

Jelasnya, beliau telah dihubungi oleh pegawai pejabat tersebut yang memaklumkan remaja tersebut datang meminta pertolongan untuk mengisi minyak motosikal dan sedikit duit belanja untuk mendaftarkan diri di sebuah Politeknik di Kedah Ahad depan.

“Saya terus hubungi Pengarah TVETMara Seberang Perai Utara Tuan Ir. Rahim Selamat untuk daftarkan Auni dalam program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik.

“Bidang pengajian ini mempunyai laluan sehingga ke peringkat Ijazah di UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI) dengan tambahan empat sijil kompetensi yang diktiraf industri,”katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata Auni Batrisya kehilangan ayah pada tahun 2015, manakala ibunya waktu wabak Covid-19 pada tahun 2022

Menurut beliau, remaja terbabit, hanya tinggal berseorangan di rumah pusaka orang tua di Kampung Air Panas, Gerik.

“Walaupun dengan segala kedaifan, Auni berjaya memperoleh keputusan SPM 2025 dengan agak cemerlang.

“Melihat kecekalan Auni untuk menuntut ilmu, saya menawarkan untuk mengambilnya sebagai anak angkat saya untuk memudahkan saya dan isteri memantau prestasi pendidikannya disamping menampung sedikit sebanyak keperluan kehidupannya,”katanya.

Tambah Asyraf Wajdi, melalui institusi TVETMara dalam bidang elektrik ini, Auni bakal mendapat kerjaya profesional dengan gaji lumayan pada masa akan datang yang mampu merubah nasibnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN