fbpx

Sering berduet dalam konsert, Kapten Azhar tiada niat ‘overshadow’ Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sering kali berduet bersama dalam setiap konsert, suami ratu rock negara, Ella iaitu Kapten Azhar mengakui tiada niat untuk ‘overshadow’ isterinya.

Menurut Azhar atau nama lengkapnya, Azhar Husaini Ghazali, 45, dia sekadar mahu menghargai dan menemani isterinya di atas pentas.

“Saya terlibat untuk persembahan duet kerana tidak semudah itu untuk kita undang penyanyi jemputan contohnya Datuk Ramli Sarip.

“Tetapi saya sentiasa positif dan hormati pandangan orang terdekat seperti Ella, Jojie dan pengarah muzik, Datuk Acis. Kalau nak layan netizen, tak boleh buat apa-apa kena duduk diam sahaja.

“Saya hanya mahu menghargai Ella dan memeriahkan acara. Tiada niat untuk ‘overshadow’ dia. Saya ada kerjaya saya sendiri,” katanya ketika ditemui di acara Santai Bersama Ella, di sini, semalam.

Sementara itu bagi Ella sendiri, dia senang apabila suami sentiasa berada di sisi dalam setiap konsertnya.

“Saya lebih senang bekerjasama dengan suami. Dia banyak bantu saya dari segi idea. Saya tak kisah dia di atas pentas bersama saya.

“Dia seorang yang sangat ‘sporting’ dan selalu bagi saya semangat. Tanpa idea dia mungkin saya sendiri tak akan buat konsert,” ujarnya.

Terdahulu, ada netizen yang mempersoalkan kehadiran Kapten Azhar dalam setiap persembahan mega Ella terutama di konsert yang berlangsung di Stadium National Bukit Jalil pada Februari lalu.

Menurut netizen, Kapten Azhar bukannya seorang penyanyi dan tidak seharusnya berada di pentas tersebut selama 20 minit.

Dalam perkembangan lain, Ella bakal beraksi dalam Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen : Ella Homecoming di Pulau Pinang pada 22 Ogos depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN