fbpx
Mahdzir pada sidang akhbar selepas merasmikan Durian Fest @ Prospek Pedu 4.0 di Bukit Langsat, Padang Setol dalam mukim Pedu, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Bukan semua gelombang itu masih milik PN – UMNO Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Gelombang sokongan yang pernah memihak kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah tidak lagi berada pada tahap sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia sekali gus menyanggah keyakinan bahawa gabungan itu untuk menyapu bersih 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Kata beliau, kemenangan besar PN pada PRU-15 sememangnya diakui, namun landskap politik semasa sudah banyak berubah berbanding ketika itu.

“Pada waktu itu, ‘wave’ (gelombang) itu memang dia punya dan UMNO kehilangan sokongan pada waktu itu tetapi selepas tiga tahun setengah, bukan semua ombak itu dia punya. Bukan semua ombak itu ada pada dia,” katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Kedah, baru-baru ini. 

Mahdzir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhammad Sanusi yang menyasarkan kemenangan 36-0 kerana ia selari dengan gaya politik pemimpin Pas itu yang sememangnya dikenali ramai.

“Datuk MB (Menteri Besar) ini, memang mulut dia macam itu. Saya ingat dia mula jadi MB sampai sekarang ini mulut dia tak berubah. 

“Dia berkawan dengan orang pun mulut dia macam itu, dia tak kawan dengan orang pun mulut dia macam itu. Orang Kedah kata ‘mulut hebiaq’. Jenis kalau mengata memang sedap mulut dia.

“Tetapi pada saya dia ada juga lapiknya tapi kadang-kadang dia tak lapik dia bantai ikut suka dia,” ujarnya. 

Menurut beliau, kenyataan politik yang dibuat Muhammad Sanusi perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas kerana ada perkara yang bersifat tersurat dan tersirat.

“Ada benda yang tersurat, ada benda yang tersirat. Oleh sebab dia bercakap di hadapan khalayak, dia cakap keseluruhanlah.

“Padahal ada benda itu tak betul pun tetapi dia cakap juga. Jadi kita dengar sajalah apa yang dia nak cakap dan kita boleh buat analisa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN