fbpx
SENEGAL bersedia untuk mencipta satu lagi kejutan ke atas Perancis selepas melakukannya kira-kira 24 tahun lalu. - AFP

Piala Dunia 2026: Senegal rancang ulangi magis 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Detik ’emas’ pada edisi 2002 kekal menjadi azimat utama buat Senegal yang sekali lagi akan berdepan Perancis pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.

Pada aksi 24 tahun lalu, Senegal yang dilabel sebagai ‘budak kecil’ mencipta kejutan apabila menewaskan Les Bleus 1-0 yang ketika itu hadir sebagai juara bertahan dan kejayaan itu kekal sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Tonggak pertahanan Lions of Teranga, Kalidou Koulibaly berkata, Senegal sentiasa melahirkan ramai pemain berbakat dan keutamaan adalah memastikan semua anggota pasukan mampu menjaga maruah negara.

“Apabila kita memakai jersi pasukan, ia adalah satu kebanggaan dan Aliou Cisse (bekas pengendali pasukan) pernah memberitahu, setiap helaian fabrik dan benang pada jersi adalah mewakili rakyat Senegal.

“Apabila saya memutuskan untuk bermain dengan Senegal, matlamat saya adalah untuk beraksi di Piala Dunia kerana itu adalah cita-cita saya semasa saya membesar terutamanya selepas apa yang kami lihat pada Piala Dunia 2002,” katanya.

Sementara itu, pengendali pasukan, Pape Thiaw sedang tentang cabaran menanti anak buahnya kerana Perancis hadir sebagai salah satu negara pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2026.

“Kami akan menentang salah satu pasukan terkuat dunia, iaitu pasukan yang memiliki pengalaman dan kualiti. Namun kami juga ada kekuatan tersendiri dan kami akan lakukan apa saja untuk memberikan cabaran kepada mereka,” kata Thiaw. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN