fbpx
TURKIYE akan terus kekal dengan sikap positif dan percaya mampu untuk cipta kejayaan dalam baki dua perlawanan Kumpulan D selepas ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Turkiye mahu terus kekal bersikap positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

VANCOUVER – Pengendali Turkiye, Vincenzo Montella mahu bersikap positif walaupun pasukannya memulakan kempen Piala Dunia dengan kekalahan 0-2 kepada Australia, hari ini.

Montella menyifatkan pasukannya masih memiliki masa untuk perbetulkan situasi dan fokus mahu segera dialihkan bagi pertemuan dengan Paraguay, Sabtu ini.

“Kami berasa sangat sedih namu kami juga tahu yang kami masih ada masa untuk memulihkan keadaan. Kami tahu ini hanya permulaan dimana pasukan kami bermula agak perlahan,” katanya.

Kedua-dua gol Australia dihasilkan oleh Nestory Irankunda dan Connor Metcalfe malah penjaga golnya, Patrick Beach juga cemerlang dengan mempamerkan aksi meyelamat berkualiti tinggi.

Dalam masa sama, Montella turut menyifatkan Australia berjaya memanfaatkan kelebihan fizikal hingga menyaksikan anak buahnya sering berdepan kesukaran untuk menembusi barisan pertahanan.

“Pemain mereka cukup tinggi dan pastinya ia beri kesukaran,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN