fbpx
SEBUAH ekskavator digunakan untuk merobohkan rumah. - Oddity Central

‘Jika rumah tangga kita berakhir, aku akan robohkan rumah ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENNSYLVANIA – Akibat gagal mengawal emosi selepas isterinya meminta cerai, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila merobohkan rumah dua tingkat milik keluarganya menggunakan jengkaut yang disewa, lapor portal berita Oddity Central.

Suspek dikenali sebagai Eric Pierwsza, 48, bertindak demikian kerana berang dengan tindakan isterinya memfailkan tuntutan cerai secara mengejut.

Kejadian bermula apabila suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk selepas menghadiri sebuah parti. 

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai keputusan isterinya yang mahu berpisah, suspek terus naik angin dan mengancam untuk memusnahkan kediaman mereka.

“Jika hubungan kita berakhir, aku akan runtuhkan rumah ini,” kata Pierwsza

Isterinya menyangka Pierwsza bergurau sehinggalah dia mendengar bunyi bising di  luar rumah. 

Bunyi itu rupanya datang daripada sebuah jentolak yang mula merobohkan bahagian belakang bangunan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN