fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Alfieean_warsi memaparkan seorang pemuda yang sedang mengutip sampah di pembahagi jalan.

[VIDEO] Sanggup berpanas kutip sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda mengutip sampah di kawasan pembahagi jalan ketika cuaca panas mendapat pujian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Alfieean_warsi, pemuda berbangsa Cina itu dilihat memegang sebuah plastik yang dipenuhi sampah sambil berjalan di kawasan berkenaan untuk mengutip sampah yang bertaburan.

“Nampak seorang pemuda Cina mengutip sampah di kawasan Meru tengah hari panas macam ni…bagusnya,” katanya.

Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas, tindakan pemuda berkenaan mencerminkan tahap kesedaran sivik yang tinggi dan patut dicontohi oleh masyarakat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berasa kagum dengan usaha murni itu, selain menyifatkan budaya menjaga kebersihan sepatutnya dipupuk dalam diri setiap individu tanpa mengharapkan pekerja pembersihan semata-mata.

“Kalau semua rakyat Malaysia ada budaya macam ini, bagus kan? Terbaik,” puji Khogwong.

“Lebih bagus kalau ada kumpulan kecil untuk amalkan budaya gotong-royong menjaga kebersihan awam. Takdelah segan kutip sampah seorang diri,” ujar Shahman00.

Ada juga pengguna yang turut berkongsi pengalamannya berjoging sambil mengutip sampah semasa hujung minggu.

“Saya pun joging sambil kutip sampah masa hujung minggu. Macam satu terapi untuk saya dan demi bumi hijau saya,” kata Teachersyamil. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN