fbpx
SCOTT bersedia mengikut jejak Iraola ke Anfield selepas menolak tawaran baharu Bournemouth. - AFP

EPL: Pemain pertama buruan Iraola di Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan bersedia menjadikan pemain tengah Bournemouth, Alex Scott sebagai antara sasaran utama pada jendela perpindahan musim panas susulan pelantikan Andoni Iraola sebagai pengurus baharu kelab itu.

Iraola yang mengambil alih tugas daripada Arne Slot dikatakan mahu membawa masuk beberapa muka baharu bagi memperkukuhkan jentera tengah The Reds menjelang musim baharu.

Situasi itu menjadi semakin penting memandangkan Liverpool dijangka melakukan rombakan besar di bahagian tengah dengan beberapa pemain termasuk Alexis Mac Allister, Curtis Jones dan Wataru Endo dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Menurut laporan, Scott muncul sebagai salah seorang pemain yang berada dalam senarai teratas Iraola selepas kedua-duanya pernah bekerjasama dengan cemerlang di Bournemouth.

Pemain berusia 22 tahun itu berkembang menjadi antara prospek terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai Bournemouth daripada Bristol City pada 2023.

Lebih menarik, rundingan kontrak baharu antara Scott dan Bournemouth dilaporkan menemui jalan buntu sekali gus membuka peluang kepada Liverpool untuk melancarkan tawaran.

Difahamkan, Scott juga tidak menolak kemungkinan untuk mencari cabaran baharu dan bersedia menyertai semula pengurus yang banyak memainkan peranan dalam perkembangan kariernya.

Laporan sama turut menyifatkan Scott sebagai pemain yang sesuai dengan corak permainan Iraola selain mampu menjadi sebahagian daripada projek pembinaan semula skuad Liverpool musim depan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN