fbpx
Dua kanak-kanak dilaporkan terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri 24 tingkat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, pagi semalam.

Dua beradik maut terjatuh dari tingkat 12 apartmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua beradik maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri 24 tingkat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun dipercayai terjatuh dan ditemui tidak sedarkan diri di kawasan tingkat tujuh bangunan berkenaan.

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya meninggal dunia di hospital ketika mendapatkan rawatan.

Jelas sumber itu, penduduk yang menyaksikan kejadian itu memberitahu si kakak cuba menarik adiknya yang dipercayai berpaut pada balkoni rumah keluarganya yang berada di tingkat 12.

“Saya terdengar jeritan sebelum melihat orang ramai berkumpul. Memang terkejut apabila dimaklumkan mangsa adalah dua kanak-kanak yang juga adik-beradik jatuh dari tingkat 12,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN