fbpx
Sebahagian daripada 178 pelajar semester akhir yang diraikan dalam Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 Adtec JTM Kuala Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Adtec JTM rai 178 pelajar semester akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERAMAI 178 orang pelajar semester akhir Kolej Teknologi Tinggi Jabatan Tenaga Manusia (Adtec JTM) Kuala Terengganu diraikan dalam Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 baru-baru ini.

Pengarah Adtec JTM Kuala Terengganu, Ts. Wan Ahmad Jailani Wan Ngah berkata, majlis tersebut sebagai menghargai komitmen dan dedikasi pelajar-pelajar terbabit yang bakal menamatkan pengajian.

“Mereka telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tempoh empat semester bergelar pelajar di Adtec JTM Kuala Terengganu.

“Segala ilmu, kemahiran dan latihan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diperolehi mereka berguna untuk melangkah ke alam pekerjaan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada

Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 yang diadakan di Hotel Permai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri 35 tenaga pengajar Adtec JTM Kuala Terengganu. Wan Ahmad Jailani berkata, anugerah Tokoh Pelajar telah dinobatkan kepada Ahmad Aidil Junaidi merupakan pelajar program Sijil Teknologi Binaan (Sivil dan Struktur).

WAN AHMAD JAILANI (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Pelajar kepada Ahmad Aidil (tengah) pada Majlis Apresiasi Sesi 1/2026 Adtec JTM Kuala Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Selain itu, sembilan pelajar termasuk Ahmad Aidil turut dianugerahkan sebagai pelajar terbaik bagi jurusan teknikal masing-masing.

“Mereka ialah Azri Aiman Mohd. Fadzil Al-Husaini (Diploma Teknologi Elektrik Kuasa); Muhammad Adam Farris Aiman Abdullah (Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan); Muhammad Afi Amsyar Muhammad Ali (Sijil Teknologi

Penyelenggaraan Mekanikal) dan Muhammad Danial Kamrul Azman (Sijil Teknologi Elektrik Pendawaian Tiga Fasa).

“Selain itu, anugerah sama diberikan kepada Muhammad Hakim Mohd. Mustaffa (Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara); Nurunnabillah Abdul Halim (Sijil Teknologi Komputer Sistem); Khairul Azman Rosli (Sijil Teknologi Binaan Paip dan Sanitari) dan Muhammad Adam Idham Mohd. Shukri (Sijil Teknologi Binaan Berasaskan Kayu),” katanya.

Dalam perkembangan sama, Wan Ahmad Jailani menyeru pelajar semester akhir tersebut agar memanfaatkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi untuk membentuk diri terus maju dalam alam pekerjaan.

Katanya, lepasan Adtec JKM perlu menempatkan diri sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang akan menjadi aset bernilai kepada industri dan negara.

“Apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti, janganlah mengejar kemewahan semata-mata.

“Sebaliknya, carilah keberkatan yang membawa kepada ketenangan dan kesejahteraan sejati,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Ahmad Jailani berkata, para pelajar diterapkan dengan moto Adtec JKM Kuala Terengganu iaitu memperkasakan kemahiran, menyemarakkan masa hadapan.

Beliau berkata, Adtec Kuala Terengganu merupakan salah satu institusi TVET yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Alhamdulillah kebolehpercayaan terhadap institusi TVET dalam kalangan masyarakat pada ketika ini semakin bertambah baik.

“Buat masa ini, kadar kebolehpasaran lepasan Adtec dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) seluruh negara mencapai tahap 92 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN