fbpx

Kaka Azraff bercerai lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas lebih setahun rujuk, ikatan antara penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff, kembali terlerai apabila pasangan itu bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, semalam.

Perkara itu kongsikan seorang sumber yang berada di mahkamah sama ketika pasangan tersebut hadir bagi mengikuti prosoding pengesahan lafaz talak sekitar pukul 9 pagi.

“Kaka yang mengenakan baju kurung sedondon dengan selendang warna krim masuk ke kamar mahkamah ditemani seorang peguam wanita dan beberapa rakannya.

“Manakala suaminya pula seperti hadir bersendirian. Dia pakai kurta hijau lengkap dengan bersongkok duduk di dalam kamar sementara menunggu kes mereka dipanggil sejam kemudian.

“Apa yang saya dengar, Kaka merupakan plaintif dan suaminya defendan. Selepas kedua-duanya tampil memberikan keterangan, hakim sahkan perceraian kali kedua mereka,” katanya yang enggan dikenali.

Menurut sumber lagi, selepas selesai prosiding kedua-duanya yang nampak tenang sepanjang berada di kamar mahkamah terus berlalu pulang.

Begitupun, usaha mendapatkan Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, mahupun pihak pengurusannya belum berhasil.

Sebelum itu, penyanyi lagu Gila itu pernah bercerai di mahkamah sama pada 28 Oktober 2024, namun kembali rujuk sebagai suami isteri pada awal tahun 2025 iaitu ketika masih dalam tempoh idah.

Terdahulu, pasangan yang hanya bercinta selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam, dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN