fbpx
SAARANI (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh hari ini.

Jabatan Perhutanan Perak teliti semula SOP pendakian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) pendakian gunung di negeri ini termasuk pelaksanaan masa tamat atau ‘cut off time’ bagi aktiviti pendakian.

Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd. Basri Abdul Manaf berkata, penelitian semula itu akan dilakukan secara menyeluruh bagi memperkukuh aspek keselamatan pendaki sekali gus memastikan SOP sedia ada sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

“Kita akan teliti semua aspek. Walaupun kita ada SOP pendakian gunung di Perak, tapi kenapa tidak untuk kita tengok semula seperti mana yang disebut oleh Menteri Besar Perak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Datuk Zahari Ibrahim itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu, Saarani berkata, Perak sudah mempunyai SOP bagi aktiviti pendakian, namun aspek penguatkuasaan dan penambahbaikan terhadap peraturan sedia ada boleh diperhalusi dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, cadangan untuk mengkaji semula SOP pendakian merupakan langkah yang baik demi meningkatkan keselamatan pendaki.

“Ini bukan berkaitan dengan hari (tempoh pendakian) sahaja tetapi juga berkaitan dengan tahap kecergasan. Kalau dua hari pun, kalau dia tak cergas, sama juga.

“Jadi maknanya orang yang nak pergi mendaki ini, bukan hanya fokus kepada bilangan hari, tapi kecergasan dan kemahiran-kemahiran lain,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Basri berkata, laluan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup sementara bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin serta kerja penilaian keselamatan kawasan berkenaan.

“Tempoh penutupan itu lazimnya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan bergantung kepada keadaan kawasan serta kerja-kerja SAR selain penambahbaikan yang dilaksanakan sebelum dibuka semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN