fbpx
Keadaan lalat di Kampung Ulu Air Kuning Selatan mengganggu kehidupan harian penduduk di Gemencheh semalam.

Dua kali diserang lalat dalam tempoh 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Kurang empat bulan dari serangan lalat pada hujung Februari lalu, Kampung Ulu Air Kuning Selatan, di sini, kembali diserang ribuan lalat sehingga mengganggu kehidupan harian penduduk di situ.

Salah seorang penduduk, Rosmawati Jaafar, 52, berkata, dia sudah menetap di situ sejak lapan tahun lalu, serangan lalat ini sangat merimaskan apabila kurang setengah tahun sahaja sudah dua kali dalam tempoh yang panjang dia berperang dengan lalat.

“Kali ni mula dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Rabu lalu. Lalat banyak sangat sampai banyak makanan serta minuman terpaksa saya buang. Kalau seekor dua tak apa, ini banyak sa­ngat sehinggakan 30 keping pelekat lalat sudah digunakan.

“Ayah saya yang sakit terlantar berusia 77 tahun pun dihurung lalat. Saya terpaksa carikan kelambu untuk ayah nanti tapi pasti ayah tak selesa. Oleh itu, saya harap sangat pihak bertanggungjawab dapat ambil tindakan segera.

“Kami penduduk dah tak tahan dengan ribuan lalat ini dan tak mustahil jika tak diatasi sekarang dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, ribuan lalat akan mengganggu kami lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata, pihaknya sudah mengarahkan kesemua 34 pemilik kilang atau ladang ayam di sekitar Dewan Undangan Negeri berkenaan untuk segera membersihkan premis masing-masing.

Ujarnya, pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan juga akan berjumpa dengan pemilik atau pengusaha kilang atau ladang bagi membincangkan mengenai masalah lalat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN