fbpx
Sultan Ibrahim.

Rakyat Malaysia ingkar Rukun Negara tidak layak jadi warganegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang tidak mahu mematuhi dan menghayati prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar setiap rakyat Malaysia untuk membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

Menurut baginda, prinsip tersebut perlu dijadikan amalan dan garis panduan hidup oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia.

“Malah, sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Baginda bertitah, penghayatan terhadap Rukun Negara amat penting dalam memastikan perpaduan rakyat terus kukuh dan keharmonian negara dapat dipelihara.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan bahawa perpaduan merupakan asas kekuatan negara dan perlu sentiasa dipertahankan oleh seluruh rakyat selain sikap saling menghormati, bertolak ansur dan hidup dalam semangat muafakat adalah kunci kepada kestabilan serta kemajuan Malaysia.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN