fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di Instagram.

Pemberian khas interim Sabah dinaikkan RM1.5 bilion – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan Madani meningkatkan pemberian khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion membuktikan komitmen Persekutuan dalam menunaikan hak negeri tersebut selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan lebih dua kali ganda itu diputuskan demi memastikan hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah terus diperkukuhkan.

Menurutnya, peruntukan interim tersebut ditingkatkan sementara kadar baharu dimuktamadkan bersama antara kedua-dua pihak berasaskan formula 40 peratus hasil Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah MA63.

“Dalam ucapan di Penampang, Sabah, hari ini, saya telah umumkan keputusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan pemberian khas interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

“Peningkatan lebih dua kali ganda ini merupakan komitmen nyata kerajaan Madani untuk menunaikan pemberian khas Sabah berasaskan 40 peratus hasil seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan sekali lagi kesungguhan pentadbirannya untuk melaksanakan hak Sabah selaras dengan semangat dan peruntukan undang-undang yang termaktub.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus memastikan hubungan Persekutuan dan Negeri diperkukuh berasaskan semangat kerjasama, saling menghormati dan keadilan demi kemajuan Sabah serta kesejahteraan rakyatnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN