fbpx
TUANKU Syed Sirajuddin (dua dari kanan) berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin-Perlis Inland Port di Padang Besar, hari ini.

PIP jana ekonomi baharu, peluang pekerjaan buat rakyat Perlis – Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin-Perlis Inland Port (PIP) bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu di negeri ini menerusi peningkatan pelaburan, peluang pekerjaan dan perkembangan sektor logistik serta perindustrian.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, pembangunan PIP sebagai Zon Perdagangan Bebas bukan sekadar simbol pembangunan fizikal, malah merupakan langkah strategik bagi memperkukuhkan kedudukan Perlis sebagai pintu masuk perdagangan dan logistik serantau.

Titah baginda, projek tersebut berupaya membuka lembaran baharu kepada ekonomi negeri melalui pengukuhan perdagangan rentas sempadan dan aktiviti industri yang lebih rancak di utara Semenanjung Malaysia.

“Zon Perdagangan Bebas ini akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu, membuka peluang pelaburan, memperkukuhkan perdagangan rentas sempadan serta merancakkan sektor logistik dan perindustrian,” titah baginda pada Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin-Perlis Inland Port di sini hari ini.

Baginda bertitah, kedudukan strategik Perlis yang bersempadan dengan Thailand dan berada di laluan penting perdagangan ASEAN memberi kelebihan besar kepada negeri itu untuk berkembang sebagai hab ekonomi baharu.

Titah baginda, pembangunan berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat besar dan pemain industri, malah turut membawa limpahan ekonomi secara langsung kepada rakyat.

“Peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan selain memberi ruang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang seiring pembangunan sektor logistik dan perdagangan, ” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN