fbpx
AKO menegaskan tindakannya mencium isteri di tempat awam bukan satu kesalahan dan berlaku secara spontan sebagai tanda sayang.

Salah ke cium isteri sendiri – Ako Mustapha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan mengucup dahi isteri di tempat awam dipersoal, pelakon Ako Mustapha menegaskan perbuatan yang dilakukan di hadapan khalayak itu bukan satu kesalahan seperti didakwa segelintir netizen.

Ako atau nama lengkapnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, berkata, dia sekadar menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya secara spontan yang disifatkan sebagai wanita comel.

“Isteri saya comel sahaja saiz dia, apabila berdiri sebelah saya kepala dia dekat hidung saya sahaja. Jadi saya pun ciumlah sekejap.

“Jadi isu kenapa nak kena cium isteri kat public (umum)? Saya tanya salah ke saya cium isteri sendiri. Kakak atau makcik tu cakap tak boleh!

“Saya pelik? Dia cakap ke bahagian jangan ditunjuk. Sorok! Simpan dekat rumah. Huh? Cuba anda semua jelaskan. Saya keliru,” kongsinya di platform Threads.

Hantaran pelakon filem Buli Balik itu meraih pelbagai reaksi terutama yang sependapat dengan Ako berhubung tindakan dilakukan terhadap teman hidupnya itu.

“Yang tak kahwin kalau pegang tangan, cium-cium tak mengapa pula. Suka ‘normalize’ benda haram, benda halal tak boleh pula,” tulis netizen.

Terdahulu, Ako mendirikan rumah tangga dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan anak empat cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN