fbpx
Poster Hari Wartawan Nasional yang dikongsi oleh Fahmi Fadzil di Threads hari ini.

Wartawan benteng pertahan integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wartawan kini menjadi benteng utama mempertahankan integriti maklumat ekoran lambakan fitnah yang tersebar pantas di media sosial dalam sekelip mata.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, cabaran media hari ini amat besar memandangkan persepsi sering kali mengatasi realiti sebenar.

Menurut beliau, peranan yang dimainkan oleh wartawan tidak lagi terhad kepada sekadar mencatat atau merekod sesuatu peristiwa semata-mata.

Sebaliknya, beliau menegaskan wartawan merupakan antara suara paling penting dalam menegakkan kebenaran ketika masyarakat berdepan dengan kekeliruan dan pelbagai spekulasi.

“Setiap berita yang disampaikan memerlukan penelitian, pengesahan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kerana kepercayaan masyarakat bukan sesuatu yang boleh diperoleh dengan mudah.

“Ia sebaliknya lahir daripada sebuah kejujuran, ketelusan dan kesungguhan yang konsisten,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi Threads sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana 2026) hari ini.

Tambah Fahmi, apabila nilai integriti dijadikan pegangan utama dan kebenaran sentiasa diletakkan sebagai keutamaan, wartawan akan terus berdiri teguh sebagai benteng maklumat yang sahih kepada negara.

Jelas beliau, dunia kewartawanan pada akhirnya bukan hanya tentang menyampaikan berita semata-mata kepada umum, tetapi tentang memelihara amanah dan mempertahankan kepercayaan.

“Selamat Hari Wartawan Nasional,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN