KETIKA ini, kita dikejutkan dengan satu virus bawaan tikus yang mula meraih perhatian dalam dunia perubatan global. Meskipun kedengaran agak asing bagi segelintir pihak, namun hantavirus (HV) sebenarnya mampu meragut nyawa dan jauh lebih licik daripada ancaman kencing tikus atau leptospirosis yang biasa didengar oleh masyarakat. Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, hantavirus merupakan jangkitan virus daripada keluarga Hantaviridae yang mempunyai 38 jenis strain berbeza. Menariknya, virus ini bukan sahaja boleh ditemui……














