fbpx
SPURS wajib mencatat kemenangan ke atas Everton bagi mengelak penyingkiran ke Liga Kejuaraan. - AFP

EPL: Konflik dalaman rencat persiapan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tottenham Hotspur berdepan konflik dalaman apabila kapten, Cristian Romero tidak bersama pasukan di kala mereka sedang berjuang untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Spurs akan melayan kunjungan Everton di Stadium Tottenham Hotspur pada aksi terakhir Liga Perdana malam ini dan mereka menggalas misi wajib menang untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Pengurus Spurs, Roberto De Zerbi enggan melayan cerita kontroversi itu, sebaliknya mahu mempersiapkan pasukan bagi mengharungi perlawanan yang bakal mempertaruhkan reputasi serta maruah Spurs.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk pemain-pemain seperti Djed Spence, Kolo Muani dan Richarlison. Kami akan turun bermain dengan menunjukkan karakter, semangat dan perlu berjuang hingga titisan darah terakhir.

“Bagi saya, ia merupakan satu perlawanan akhir. Mungkin sebelum ini pemain-pemain mendapat bonus selepas memenangi trofi tetapi esok (hari ini) lebih penting kerana melibatkan masa depan dan maruah pasukan,” katanya.

Difahamkan, Romero tidak akan berada di stadium untuk menyaksikan rakan sepasukan berjuang bagi mengekalkan pasukan dalam Liga Perdana, sebaliknya dia dikatakan ‘terbang’ ke Argentina menyaksikan perlawanan kelab lamanya.

“Kadang-kadang tidak semua ketua memiliki sikap yang sama. Sebagai contoh, Ben Davies berjumpa saya dan meminta untuk bersama pasukan walaupun tidak boleh beraksi kerana masih cedera,” ujar De Zerbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN