fbpx
Akberdin ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. FOTO: AFIQ RAZALI

Adli Hakim rancang nikah tahun depan – Datuk Akberdin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mangsa kemalangan, Allahyarham Adli Hakim Akberdin, 24, merancang untuk bernikah selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang tahun depan.

Lebih memilukan, pasangan yang bakal menjadi isterinya juga parah dalam tragedi itu iaitu Athirah Najwa Mohd. Tajul Ashikin, 27.

Bapa mangsa yang juga peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, 62, berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga selepas graduasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

“Arwah yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang itu merancang bertunang dan bernikah dengan Athirah yang turut saya kenali sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan berharap Athirah yang parah segera diberi kesembuhan,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, petang tadi.

Adli Hakim antara tiga pelajar lelaki UIAM yang maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Karak, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN