PEMINAT aktres tersohor Bollywood, Aishwarya Rai kecoh selepas tidak melihat kelibat jelitawan itu di Festival Filem Cannes yang sudah berlangsung sejak minggu lalu.
Malah ketika jenama kosmetik L’Oreal Paris membentangkan poster gergasi duta global mereka, wajah Aishwarya tidak kelihatan.
Hanya poster Alia Bhatt yang dipamerkan jenama kosmetik terkenal itu yang merupakan penaja festival filem tersebut.
Disebabkan itu peminat mulai panik dan membuat spekulasi heroin filem Devdas itu tidak akan membuat kemunculan di Cannes pada tahun ini.
Aishwarya sudah sinonim dengan acara itu sejak 2002 sehingga mendapat julukan ‘Ratu Cannes’.
Namun, khabar angin bertiup kencang isteri kepada Abhishek Bachchan itu akan membuat kemunculan istimewa di penghujung festival.














