fbpx

Lebih 129,000 individu lengkap dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 129,110 individu dalam negara telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, seramai 451,655 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan penerima vaksin dos pertama dan kedua kini adalah 580,765.

Melalui satu infografik yang dikongsi di laman Twitternya menunjukkan Selangor kekal sebagai negeri penerima suntikan dos pertama paling banyak iaitu 63,674 diikuti Perak (49,5454) dan Sabah (42,030).

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pula adalah 7,235,436 atau 29.83 peratus dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 1,996,905.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Program tersebut akan diteruskan bagi fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi selain orang kurang upaya.

Sementara fasa ketiga yang dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI