PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluang masa santap pagi di Hentian Rehat dan Rawat Dusun Panti, Kota Tinggi, pagi ini.
Menerusi hantaran dikongsikan pada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan menikmati santapan pagi menu lontong.
“Orang ramai yang sedang menikmati sarapan pagi di Midway Hentian Rehat dan Rawat Dusun Panti, Kota Tinggi, bagaikan tidak percaya dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari ini.
“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE














