fbpx
Tangkap layar video aksi rejim Zionis Israel sewaktu memintas bot dinaiki aktivis GSF 2.0.

[VIDEO] ‘Seperti movie Hollywood, hakikatnya ia dihadapi aktivis GSF 2.0’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi kejar-mengejar oleh rejim Zionis Israel memintas bot-bot aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 didedahkan kepada orang ramai.

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman menerusi hantaran video pada Instagram berkongsi rakaman detik rejim Zionis Israel mengejar dan memintas bot-bot tersebut yang berada hanya 265 batu nautika dari bumi Gaza, Palestin.

“Saya nak tunjuk kepada kalian video yang jarang-jarang kita kongsikan betapa besar kuat musuh kita depani. Musuh yang menggunakan segala kelengkapan, kekuatan ketenteraan mereka berdepan dengan bot-bot sivil.

“Saya sengaja menjadikan video ini dramatik kerana aksi di dalamnya memang kelihatan seperti movie (filem) Hollywood. Tetapi hakikatnya ia adalah apa yang sedang dihadapi peserta GSF saat ini.

“Satu kumpulan kecil manusia yang celik mata hati, menuju ke satu bumi yang sedang dilunyai sampai mati, berdepan antara tentera paling kuat di bumi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai menjadikan situasi tersebut sebagai iktibar termasuk meneruskan perjuangan dan solidariti bagi pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis Israel.

“Daya dan upaya kami kecil, tetapi di kala dunia berdiam diri, kita menggerakkan segala apa yang boleh untuk memberikan saudara kita harapan, mengingatkan yang mereka tak bersendirian.

“Kami tak peduli akan suara sinis penuh kecaman, sama ada daripada musuh nyata atau gunting dalam lipatan kerana yang kami cari hanya reda tuhan. Teruskan sokongan sehingga pembebasan,” katanya.

Kosmo! melaporkan, 16 aktivis rakyat Malaysia antara yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 antara yang ditahan tentera rejim Zionis Israel hari ini.

Mereka ditahan selepas pemintasan dilakukan rejim Zionis Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan menghampiri Gaza.

Dalam masa sama, setakat pukul 7.18 malam (waktu tempatan), sebanyak 37 lagi kapal GSF dilaporkan masih meneruskan pelayaran menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN