fbpx
Tangkap layar sistem penjejakan Sumud Nusantara Tracker.

5 lagi kapal GSF diserang, jumlah keseluruhan jadi tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lima lagi kapal yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF 2.0) dilaporkan diserang dan dipintas ketika dalam perjalanan menuju Gaza sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kapal setakat ini sebanyak tujuh buah.

Berdasarkan maklumat di Sumud Nusantara Tracker, lima kapal terbaharu yang menjadi sasaran ialah Barbaros, Blue Toys, Holy Blue, Sadabat dan Zio Faster, setakat pukul 5 petang (waktu tempatan).

Sebelum ini, dua kapal iaitu Cactus dan Furleto terlebih dahulu ditahan pihak Israel ketika menyertai misi sama.

Dua rakyat Malaysia berada di atas bot Cactus iaitu Mohammad Shazly Mohammad Shees dan Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari.

Sementara itu, tiga lagi rakyat Malaysia yang menaiki bot Furleto dikenal pasti sebagai Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar dan Syakirin Muhamed Senin.

Bagaimanapun, difahamkan sebanyak 49 lagi kapal GSF masih aktif meneruskan pelayaran menuju Gaza meskipun berdepan ancaman keselamatan dan risiko serangan.

Sehingga kini, media masih menunggu laporan rasmi daripada Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berhubung perkembangan yang terkini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN