fbpx
Gambar hiasan.

‘Yang perangai binatang itu adalah ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa pendedahan oleh pengguna media sosial berhubung trauma yang dilalui mereka ketika kecil hingga remaja apabila menjadi mangsa gangguan seksual bapa sendiri.

Seorang pengguna di Threads mendakwa bapanya telah pun dipenjara sejak 2023 selepas didapati bersalah atas kesalahan mencabul serta meliwat anak kandung.

“Aku mangsa cabul, liwat oleh ayah kandung aku sendiri. Gila kan? Orang yang patut jadi pelindung kepada seorang anak perempuan, tapi sebab nafsu, gelap mata.

“Kejadian 16 tahun lepas, mula-mula aku sendiri tak tahu apa yang ayah aku sentuh itu salah. Aku masih budak 5 tahun. Sampailah aku tingkatan satu, bapa aku serang aku masa tidur, aku anak tunggal. Ibu aku pula kerja sif sebagai jururawat. Aku cerita semua pada ibu lepas balik rumah dan terus pergi hospital dan buat laporan polis.

“Aku sampai sekarang benci dia sebab yang perangai binatang itu adalah ayah aku sendiri. Aku trauma sampai sekarang, dan setiap sosok lelaki aku anggap semua jahat,” luahnya.

Menerima nasib sama, seorang pengguna TikTok mendakwa kejadian selama hampir 11 tahun disentuh secara paksa oleh bapa kandungnya terus menjadi mimpi ngeri sehingga kini.

Namun, kata wanita itu kejadian tersebut masih belum diceritakan sepenuhnya kepada ibunya.

“Perlu saya beritahu mak tentang ayah dah sentuh saya? Bila fikir balik sanggup betul ya ‘makan’ darah daging sendiri. Saya kena dari kecil empat tahun sampai tingkatan tiga,” dakwanya.

Berbeza pula dengan nasib pengguna seterusnya ini apabila dia mendakwa ibunya tidak percaya dengan setiap pengakuan yang didedahkan berhubung tindakan tidak bermoral bapa tirinya.

“Sama situasi tapi ayah tiri. Saya dah beritahu mak baru sahaja bulan lepas dan mak saya tak percaya. Saya masih kena duduk serumah dengan ayah tiri, tak tahu nak buat apa sebab saya masih 13 tahun,” dakwanya dalam satu perkongsian di ruangan komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN