fbpx
UOB prihatin kesukaran yang dihadapi pks dan usahawan mikro yang terjejas ekoran konflik perang di Asia Barat.

UOB sedia pembiayaan SME SRF untuk bantu peniaga terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UOB Malaysia  mengumumkan bantuan pembiayaan yang dipertingkatkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM).

Kemudahan ini menyediakan bantuan tersasar untuk membantu perniagaan mengukuhkan aliran tunai dan mengekalkan operasi akibat ketidakpastian ekonomi yang berterusan.

SME SRF daripada BNM bertujuan menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada
masanya kepada PKS yang mengalami gangguan dan tekanan kewangan, khususnya yang
menghadapi tekanan luaran seperti konflik Asia Barat, yang telah menjejaskan aliran
pendapatan dan kestabilan operasi bagi kebanyakan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, dalam persekitaran
semasa yang semakin tidak menentu, pihak bank memahami cabaran sebenar yang dihadapi
pelanggan.

“Diharapkan melalui kemudahan seperti Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS daripada bank pusat, kami dapat menyalurkan sokongan yang praktikal dan tepat pada masanya untuk membantu perniagaan menguruskan tekanan aliran tunai, mengekalkan operasi dan kekal berdaya maju di masa hadapan.

“Sebagai tambahan kepada bantuan kami sebelum ini, tumpuan kami kekal untuk menyokong pelanggan di setiap langkah ketika mereka berdepan dengan keadaan pasaran yang semakin berubah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Di bawah SME SRF, pelanggan boleh mendapat pembiayaan sehingga RM750,000 pada
kadar sehingga 3.75 peratus setahun, termasuk fi jaminan, untuk tempoh pembiayaan sehingga
lima tahun.

Kemudahan ini disokong oleh perlindungan jaminan daripada Syarikat Jaminan
Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation Malaysia
Berhad (CGC). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN