fbpx
IZZUDDIN (kiri) dan Sze Fei terlepas peluang meraih gelaran kedua musim ini selepas tersingkir di separuh akhir Terbuka Thailand. - ISKANDAR ISHAK

Terbuka Thailand: DinFei kempunan ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah ke final kedua musim ini tidak tertunai apabila tersingkir di separuh akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok sebentar tadi, bekas gandingan No.1 dunia itu terpaksa akur tewas menerusi aksi tiga set 21-19, 20-22, 16-21 kepada pasangan India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Turun berdepan pilihan utama kejohanan, anak-anak buah Ameer Amri Zainuddin itu bermula dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 21-19, sekali gus meletakkan pemain lawan tekanan.

Memasuki set kedua, perlawanan bertambah rancak apabila kedua-dua pasukan saling bertukar servis sehingga permainan diheret ke aksi ‘deuce’, namun tuah memihak kepada Shetty-Rankireddy yang menang 22-20.

Tersentak dengan kekalahan itu, pasangan yang lebih dikenali dengan gelaran DinFei itu cuba memperkemaskan permainan di set penentuan tetapi sebaliknya berlaku apabila beregu India memimpin perlawanan dengan jurang mata agak besar 11-5.

Sze Fei-Izzuddin bagaimanapun tidak mudah mengaku kalah apabila cuba untuk merapatkan kedudukan 12-16, namun Shetty-Rankireddy berjaya mengekalkan fokus sebelum memastikan kemaraan ke pentas final.

Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ke-10 kedua-dua beregu berkenaan dengan pasangan India itu mencatat lapan kemenangan, termasuk perlawanan sebelum ini di Terbuka Singapura Mei tahun lepas.

Selepas ini, bekas naib juara Asia itu akan beraksi pada kejohanan Malaysia Masters 2026 yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil bermula 19 hingga 24 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN