fbpx
SEMPAT hadit ke MET Gala, Deepika yang kini sedang hamil tetap meneruskan penggambaran filem King bersama Shah Rukh Khan.

Hamil, Deepika tetap pegang janji Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN sedang hamil anak kedua, Deepika Padukone komited meneruskan penggambaran filem terbaharunya berjudul King bersama Shah Rukh Khan seperti yang telah dijanjikan.

Kelibat mereka berdua dilihat berada di Cape Town untuk menjalani penggambaran di sana.

Dalam gambar dan video yang kini tular dalam media sosial, Deepika memakai baju yang longgar untuk menutup perutnya.

Difahamkan mereka berdua menjalani penggambaran untuk runut bunyi dalam filem tersebut yang dijangka ditayangkan pada tahun ini.

Terdahulu Deepika dan suaminya, Ranveer mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua pada April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN