fbpx

ADGM Menyertai Milken 2026 ketika Firma dengan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) bernilai USD 4.4 Trilion Komited untuk Menyertai Pusat Kewangan Tersebut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABU DHABI, UAE, 14 Mei 2026 /PRNewswire/ — ADGM, pusat kewangan antarabangsa (IFC) Abu Dhabi, mencatat penyertaan yang berjaya dalam Milken Institute Global Conference 2026 (3 hingga 6 Mei) di Los Angeles, sekali gus menutup bulan luar biasa yang menyaksikan lapan institusi kewangan global utama yang mengurus aset bernilai USD 4.4 trilion mengumumkan rancangan untuk bertapak di emiriah itu.

Semasa lawatan tersebut, delegasi yang diketuai oleh Pengerusi ADGM, Tuan Yang Terutama Ahmed Jasim Al Zaabi, mengukuhkan kedudukan Abu Dhabi sebagai "Ibu Kota Modal" dan mengetengahkan peranan emiriah itu sebagai penghubung utama aliran modal antara hemisfera utara dan selatan dunia. Bersama Al Zaabi, barisan eksekutif kanan ADGM berinteraksi dengan penggubal dasar global, pelabur institusi dan pengurus aset global terkemuka di luar persidangan untuk membincangkan peranan strategik Abu Dhabi dalam masa depan kewangan, aliran pelaburan global dan kerjasama rentas sempadan.

Menekankan fokus strategik ADGM dalam menukar minat institusi kepada perkongsian jangka panjang dan kemasukan pasaran, Al Zaabi berkata, "Penglibatan kami di Amerika Syarikat mencerminkan strategi yang disengajakan untuk memperkukuh hubungan dengan pengagih modal dan institusi kewangan terkemuka dunia. Modal global hari ini semakin tertumpu kepada platform yang menawarkan kebolehramalan, kekuatan institusi dan kesalinghubungan global. Ketika ADGM meneruskan cita-citanya untuk menjadi salah satu daripada lima pusat kewangan teratas dunia, kami terus memperkukuh ekosistem yang dipercayai di peringkat global, dibina atas kejelasan kawal selia, tadbir urus berpandangan jauh dan akses langsung kepada peluang serantau serta antarabangsa. Sebagai IFC yang paling pesat berkembang di rantau ini, momentum ADGM dalam menarik pengurus aset global terkemuka sangat pantas dan luar biasa. Permintaan ini dicerminkan melalui firma yang mengurus hampir USD 4.4 trilion aset global memilih ADGM untuk pengembangan mereka. Ketika kami memperdalam perkongsian global, kami kekal fokus dalam memudah cara modal, memupuk inovasi dan memperkukuh kedudukan Abu Dhabi sebagai ‘Ibu Kota Modal’, sambil membantu membentuk masa depan kewangan global."

Semasa persidangan Milken dan Al Zaabi, turut menyertai sesi sembang santai bersama Pengerusi Eksekutif Guggenheim Partners, Alan Schwartz. Dalam sesi bertajuk "Memacu Inovasi Kewangan Global (Driving Global Financial Innovation)" itu, beliau mengetengahkan transformasi ekonomi luar biasa Abu Dhabi dan peranan ADGM dalam membentuk ekosistem kewangan yang berdaya tahan serta bersedia untuk masa depan.

Al Zaabi menekankan strategi kepelbagaian ekonomi jangka panjang UAE dan daya tahan struktur yang menyokong pertumbuhannya dengan berkata: "Ketahanan UAE adalah hasil strategi yang disengajakan, bukannya dasar reaktif. Apa yang kita lihat hari ini ialah pengesahan model tersebut, sebuah ekonomi yang direka untuk memberikan prestasi secara konsisten, walaupun ketika berdepan tekanan."

Beliau menambah: "ADGM terus berkembang. Pada Mac 2026, kami mengeluarkan 284 lesen baharu, meningkat daripada 270 pada tahun sebelumnya, mencatatkan peningkatan 5.2%."

Beliau turut menekankan kedudukan ADGM dalam landskap kewangan global yang berkembang pesat dengan berkata: "Kami sedang membina sebuah pusat kewangan yang direka untuk era berbeza yang menggabungkan keterbukaan dengan kekuatan institusi, serta kesalinghubungan dengan modal jangka panjang. Itulah yang kami maksudkan apabila kami mengatakan Abu Dhabi ialah ‘Ibu Kota Modal’."

Penyertaan ADGM di Milken menyusuli beberapa pengumuman daripada institusi kewangan terkemuka yang sedang menubuhkan operasi dalam bidang kuasanya.

Sejak akhir bulan Mac, firma termasuk Muzinich & Co. (AUM USD 30.5 bilion), Hillhouse Investment Management (lebih USD 100 bilion AUM), Barings (USD 481 bilion AUM) dan Bain Capital (USD 225 bilion AUM) telah membuka pejabat di ADGM.

Selain itu, pada minggu menjelang Milken, Hashed Global Management Limited (USD 324 juta AUM) dan Rokos Capital Management (USD 22 bilion AUM) menerima kebenaran perkhidmatan kewangan (FSP), manakala Capital Group (USD 3.3 trilion AUM) dan Man Group (USD 228.7 bilion AUM) mengumumkan rancangan untuk bertapak di Abu Dhabi.

Penglibatan Global

Semasa persidangan Milken, ADGM mengadakan lebih 50 sesi penglibatan peringkat tinggi dengan institusi global terkemuka termasuk Man Group, Bain Capital, Blackstone, Carlyle Global Investment Management, Coinbase dan Guggenheim Partners, antara lain, sekali gus memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem kewangan Amerika Syarikat.

Penglibatan ini tertumpu pada kerjasama, memudahkan kemasukan pasaran ke Abu Dhabi, memanfaatkan rangka kerja pengawalseliaan progresif ADGM dan sambungan global.

ADGM terus memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi ekonomi lebih luas Abu Dhabi sebagai pusat kewangan yang dipercayai dan berpandangan jauh, berteraskan amalan terbaik antarabangsa serta penerapan langsung English Common Law.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2550581/5072851/ADGM_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4958530_MS58530_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI