fbpx
SEORANG kakitangan Christie’s menunjukkan berlian Ocean Dream di Geneva pada 7 Mei lalu. - AFP

Berlian sebesar kuku dijual lebih RM67 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Sebutir berlian biru-hijau terbesar pernah direkodkan, Ocean Dream dijual pada harga lebih AS$17 juta (RM66.7 juta) semalam, kata firma lelongan Christie’s.

Berlian berat 5.5 karat(1.1 gram)  itu ditemukan di sebuah lombong di Afrika Tengah pada tahun 1990-an dan dinamakan oleh Institusi Smithsonian sebagai salah satu daripada lapan berlian paling jarang dijumpai di dunia, kata Christie’s.

“Sangat jarang untuk menemukan berlian hijau, walaupun melebihi berat satu karat,” kata ketua Barang Kemas Christie’s, Max Fawcett.

Berlian biru-hijau terang ini erbentuk segi tiga dan memiliki saiz ‘ kuku pada jari terkecil anda’, demikian menurut Fawcett.

Ia dijual pada harga AS$17.3 juta(RM67.9 juta) , rekod baharu untuk lelongan berlian biru-hijau, katanya.

“Kami pernah menjual permata ini pada tahun 2014 pada harga AS$8.5 juta (RM33.3 juta).  Ia dibeli oleh seorang pengumpul peribadi dari Asia. Beliau memakainya,” kata Fawcett.

Lelongan semalam menyaksikan perang bidaan tiga pelanggan. Pemenang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya, tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN