fbpx
Steven Sim hadir pada Majlis Penyampaian Insentif kepada pelajar cemerlang SPM 2025 di Bukit Mertajam, hari ini.

370 pelajar cemerlang SPM terima insentif RM237,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong mendedahkan beliau pernah menyimpan jambang panjang sewaktu di bangku sekolah.

Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, tindakan itu menyebabkan beliau dimarahi oleh guru besar dan pengalaman tersebut sukar dipadamkan sehingga ke hari ini.

“Ketika kecil, saya pernah dimarahi oleh guru besar kerana menyimpan jambang terlalu panjang. Guru besar ketika itu berkata, jika perkara kecil pun tidak boleh dilakukan dengan baik, maka kita tidak layak diberikan tanggungjawab lebih besar.’

“Kata-kata itu saya ingat sampai hari ini, malah sampai sekarang saya tidak ada tabiat menyimpan jambang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian insentif RM237,000 kepada 370 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 106 pelajar yang memperoleh 8A menerima RM500 seorang, 141 pelajar yang mendapat 9A menerima RM600, 118 pelajar yang memperoleh 10A menerima RM800, manakala lima pelajar yang memperoleh 11A menerima RM1,000 setiap seorang.

Steven Sim memberitahu, beliau bangga dengan pencapaian pelajar yang memperoleh keputusan 8A dan ke atas dalam SPM 2025 sekali gus menunjukkan tahap pendidikan di kawasan tersebut semakin meningkat.

Pada masa sama, Steven Sim turut mengingatkan pelajar bahawa kejayaan yang diraih hari ini bukan milik mereka, tetapi milik ibu bapa, ahli keluarga dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan sepanjang perjalanan mereka.

“Apabila anak-anak berdepan peperiksaan, tekanan dan cabaran hidup, sokongan keluarga selalunya menjadi kekuatan utama yang membantu mereka terus bertahan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN