fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersebit dalam kemalangan di Kilometer 102.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Yong Peng, Batu Pahat awal pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Pemandu bas parah, tiga penumpang cedera bas rempuh mesin tar jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala tiga penumpang lain cedera selepas bas dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah mesin tar jalan di Kilometer 102.4 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Yong Peng di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.57 tengah malam itu, bas jenis Scania yang membawa 23 penumpang dilaporkan sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur sebelum dipercayai merempuh kenderaan kerja penyelenggaraan jalan terbabit.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.57 tengah malam.

Katanya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 1.05 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas serta mesin tar jalan benar berlaku.

“Pemandu bas lelaki didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu akibat rempuhan kuat manakala tiga penumpang mengalami kecederaan. Seramai 20 lagi penumpang bagaimanapun dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN