fbpx
MOHAMAD A’sim menunjukkan seorang warga China yang bersembunyi di dalam sebuah kenderaan di Padang Besar baru-baru ini.

Scammer warga China gagal bolos masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk seorang lelaki China yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan atau scammer menerusi pemeriksaan di Pos Imigresen Padang Besar, bulan lalu.

Pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dipercayai terlibat dalam kegiatan scammer yang berpangkalan di Kemboja.

Dalam operasi kira-kira pukul 3.10 petang itu, pegawai bertugas di Kaunter Pemeriksaan Kereta Masuk 3 (KM3), Pos Imigresen Padang Besar menahan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max bernombor pendaftaran Thailand selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Imigresen Perlis, Mohamad A’sim Md. Ali berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki warga Thailand berada di dalam kenderaan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan seorang lelaki warga China sedang bersembunyi di lantai tempat duduk belakang dalam keadaan berbaring dan ditutup menggunakan baju berwarna hitam.

“Siasatan awal mendapati warga China itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk masuk ke Malaysia serta tiada rekod pergerakan dalam sistem imigresen.

“Suspek juga mengaku sebelum ini bekerja sebagai scammer di Kemboja dan dipercayai masuk ke Malaysia bagi meneruskan aktiviti tersebut,” katanya di Pejabat Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan itu, lelaki warga China tersebut telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada 29 April lalu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN