PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM650,000 untuk bersara dengan ‘sedikit’ selesa. Ini kerana, angka tersebut telah mengambil kira faktor ketidaktentuan global ketika ini dan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari. Mendedahkan perkara itu, Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, dengan jumlah tersebut, pesara akan menikmati ‘gaji bulanan’ kira-kira RM2,700 sebulan sehingga 20 tahun akan datang. Bagaimanapun katanya, inflasi akan mengurangkan nilai wang dari masa ke masa dan jumlah…






