ALTERNATIF dalam pengurusan kesakitan tanpa ubat ketika proses kelahiran semakin mendapat perhatian dalam kalangan ibu hamil. Antara pilihan yang dilakukan adalah dengan penggunaan mesin Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS). Mesin kecil yang menggunakan arus elektrik voltan rendah ini sebenarnya telah lama digunakan untuk merawat pelbagai jenis kesakitan seperti sakit belakang, arthritis dan kecederaan sukan. Kini, ia turut digunakan semasa proses bersalin bagi membantu mengurangkan rasa sakit kontraksi tanpa memerlukan suntikan epidural atau ubat tahan sakit. Menurut pakar OB-GYN dan pakar……














