JAKARTA – Dua wanita di Indonesia mengejutkan orang ramai apabila dirakam mengangkut sebuah skuter dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang wanita memegang skuter yang diletakkan di tengah motosikal.
Meskipun jalan itu agak sibuk, motosikal yang ditunggangi rakannya kekal stabil dan tidak terhuyung-hayang.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenapa dia tak bawa je skuter itu?” kata seorang netizen.
“Ibu siapa ini?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














